Bahagian Samarahan
Bahagian Samarahan

Bahagian Samarahan

Bahagian Samarahan merupakan salah satu dari dua belas bahagian di Sarawak, Malaysia. Ibu daerahnya ialah Kota Samarahan. Bahagian Samarahan mempunyai luas 4,967.4 km persegi. Jumlah penduduk pula adalah seramai 204,900 mengikut banci tahun 2000.Bahagian Samarahan mempunyai empat daerah pentadbiran: Kota Samarahan, Asajaya, Serian dan Simunjan.Kebanyakan pendudukan Samarahan adalah dari kaum Melayu, Iban, Bidayuh dan Cina. Samarahan dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tinggi di Sarawak.Kewujudan UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak), UiTM (Universiti Teknologi Mara), Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Sumber Sarawak, INTAN dan Giat Mara.Bahagian Samarahan dihubungkan oleh dua sungai besar iaitu Batang Samarahan dan Batang Sadong. Kebanyakan penempatan atau kampung-kampung penduduk asal Samarahan-Sadong khususnya masyarakat Melayu tertumpu di tepian sungai. Ini kerana ia dipengaruhi oleh faktor kepentingan sungai sebagai sumber ekonomi dan perhubungan kawasan. Kampung-kampung yang terdapat di Samarahan dan Sadong dapat dihubungi melalui sungai-sungai.